RM5.1 juta bantuan makanan buat penduduk Sibu terkesan PKP


Desmond Davidson

Abang Johari berkata, bantuan akan dilasurkan buat 700 keluarga di 32 rumah panjang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Desmond Davidson, 20 Januari, 2021.

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) di Sibu, Selangau dan Kanowit akan menelan belanja RM5.1 juta untuk menyalurkan bantuan makanan kepada hampir 4,000 penduduk di sana, kata Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg.

PKP bermula 6 Januari dan dijangka akan tamat pada 29 Januari, jika tidak dilanjutkan.

Daerah-daerah di tengah Sarawak terpaksa dilaksanakan PKP bagi membendung penularan kluster paling besar dan aktif iaitu kluster Pasai.

Semalam, dilaporkan 90 kes baharu yang berkaitan dengan kluster itu di mana 33 darinya dikesan di Sibu sehaja, menjadikan kes keseluruhan kluster itu kepada 754 kes.

Seramai 4,250 penduduk, mereka yang menghadiri upacara kematian di rumah panjang telah disaring setakat kini.

Abang Johari, yang turut turun memberikan bantuan makanan berkata, bantuan akan dilasurkan buat 700 keluarga di 32 rumah panjang.

Antara barangan asas dalam bungkusan itu termasuk beras, gula, tepung, sardin, teh, kopi, biskut, minyak masak dan mi segera.

Selain makanan, keperluan asas lain seperti susu, susu formula, tuala wanita juga disediakan.

Bantuan makanan juga diperluas ke 52 pekerja barisan hadapan yang menjaga pusat kuarantin di situ, dan 46 yang lain buat anggota keselamatan yang menjaga sekatan jalan raya. – 20 Januari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen