PKP seluruh negara kecuali Sarawak, kata Ismail Sabri


Alfian Z.M. Tahir

Kementerian Kesihatan merekodkan lonjakan kes di Kedah, Perak, Pahang, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan.– Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 19 Januari, 2021.

SELURUH negara kecuali Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Jumaat ini, kata Ismail Sabri Yaakob. 

Menteri kanan berkata Kedah, Perak, Pahang, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan dikenakan PKP bermula 22 Januari hingga 4 Februari berikutan lonjakan kes Covid-19.

Sebelum ini hanya Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah dikenakan PKP bermula 13 Januari hingga 26 Januari.

Ketika Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah dan Terengganu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Perlis hanya dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). 

“Secara umumnya seluruh negara kecuali Sarawak dikenakan PKP. Keputusan hari ini dibuat selepas Kementerian Kesihatan merekodkan jumlah kes positif Covid-19 yang tinggi di semua negeri yang dikenakan PKPB dan PKPP sebelum ini.”

“Pahang, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu, Perak dan Perlis akan dikenakan PKP bermula 22 Januari hingga 4 Februari dan ia akan tertakluk kepada SOP yang ditetapkan oleh kerajaan,” kata Ismail Sabri.  – 19 Januari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen