MENTERI Perpaduan Negara Halimah Sadique menjadi menteri keempat yang disahkan positif Covid-19.
Dalam satu kenyataan hari ini kementeriannya berkata Halimah disahkan dijangkiti virus berkenaan selepas membuat saringan Covid-19 semalam.
“Berikutan itu Halimah Mohamed Sadique akan dirawat dan menjalani kuarantin di Johor Bahru,” katanya.
Kenyataan itu berkata ahli Parlimen Kota Tinggi itu akan terus memantau dan memastikan semua urusan kementerian berjalan dengan baik sepanjang tempoh kuarantin.
“Halimah mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya dan meminta maaf atas semua kesulitan serta masalah yang timbul,” katanya.
Sebelum ini seramai tiga menteri dan seorang timbalan menteri disahkan positif Covid-19.
Mereka ialah Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Mohd Harun dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed.
Pada 13 Januari lepas, Kementerian Komunikasi dan Multimedia juga mengesahkan timbalan menteri Zahidi Zainul Abidin positif wabak berkenaan. – 19 Januari, 2021.
Komen