Nazri Aziz positif Covid-19


Ahli Padang Rengas Mohamed Nazri Abdul Aziz disahkan positif Covid-19 dan kini menjalani kuarantin di Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bahru. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Januari, 2021.

AHLI Parlimen Padang Rengas Mohamed Nazri Abdul Aziz disahkan positif Covid-19, lapor Malaysiakini.

Bekas menteri undang-undang itu berkata beliau menjalani ujian saringan selepas menjadi kontak rapat kepada seorang individu positif Covid-19 selepas sidang medianya minggu lalu.

Nazri menjalani ujian juga susulan blogger Umno Zaharin Mohd Yasin, yang juga hadir pada sidang medianya, umum dijangkiti Covid-19.

“Zaharin masukkan dalam blog dan kata dia positif Covid-19 dan lepas saya baca blog itu.

“Saya pun buatlah ujian dan sah saya Covid-19 positif semalam,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Nazri kini dikuarantin di Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bahru mulai semalam.

Minggu lalu, Nazri mengadakan sidang media mengumumkan beliau menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, sekali gus mengurangkan kerusi Parlimen kerajaan Perikatan Nasional kepada 109.

Dengan itu, Muhyiddin kini hilang sokongan ahli Parlimen daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat. – 19 Januari, 2021. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen