TUJUH daripada sembilan kluster baharu Covid-19 yang dikenal pasti oleh Kementerian Kesihatan hari ini berkaitan dengan tempat kerja, kata Dr Noor Hisham Abdullah.
Ketua Pengarah Kesihatan berkata sejumlah 290 kes dicatatkan dalam sembilan kluster baharu hari ini dengan tujuh kluster tempat kerja menyumbang 257 kes.
Ini bermaksud 88.6% kes dalam kluster yang dilaporkan hari ini berkaitan dengan tempat kerja.
Kluster tempat kerja pertama dikesan di daerah Hulu Langat, Selangor.
Kluster ini dikenali sebagai Taman Tasik Sungai Chua dan melibatkan pasar raya di Taman Tasik Sungai Chua, Kajang.
Noor Hisham berkata sehingga ke hari ini seramai 60 orang diuji positif daripada 147 orang yang disaring.
Kluster tempat kerja kedua iaitu Segamaha Complex melibatkan ladang kelapa sawit di daerah Kinabatangan, Sabah.
Noor Hisham berkata kes indeks di ladang ini diuji positif Covid-19 pada 16 Januari.
Seramai 250 individu disaring dan sehingga kini seramai 58 disahkan positif.
Kluster tempat kerja ketiga adalah Bukit Bendera dan kluster ini merebak di Kota Kinabalu, Papar dan Beaufort di Sabah.
Kluster ini melibatkan sebuah institusi awam yang terletak di Jalan Bukit Bendera, Kota Kinabalu.
Daripada 100 orang yang disaring, 20 orang disahkan positif Covid-19. – 18 Januari, 2021.
MENYUSUL
Komen