6 kes baharu Covid-19 di New Zealand


New Zealand semalam laporkan enam kes baharu Covid-19 membabitkan mereka yang sedang menjalani pengasingan. – Gambar EPA, 18 Januari, 2021.

NEW Zealand melaporkan enam kes baharu Covid-19 membabitkan mereka yang sedang menjalani pengasingan, memetik kenyataan media pada Ahad. 

Menurut Agensi Berita Xinhua tiada kes baharu dalam komuniti dilaporkan.

Satu kes baharu diklasifikasikan tidak berjangkit, demikian menurut kenyataan kementerian kesihatan pada Isnin.

Tiga pesakit yang dilaporkan dijangkiti virus itu sebelum ini sudah pulih. Jumlah kes aktif sebanyak 85 dan kes disahkan berjumlah 1,906. – Bernama, 18 Januari, 2021. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen