MALAYSIA hari ini melaporkan 3211 jangkitan baharu Covif-19 dalam tempoh 24 jam sementara kes aktif meningkat kepada 35,253.
Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata bahawa kes-kes baharu itu telah menjadikan jumlah kes keseluruhan dalam negara sebanyak 151,066.
Kata beliau lagi, Selangor sekali lagi mendahului dengan 889 kes diikuti Johor dengan 535 sementara Sabah mencatat 514 kes.
Noor Hisham berkata terdapat lapan kematian yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 menjadi 586 orang.
Beliau berkata mengatakan hanya lima kes import dicatatkan pada hari ini.
Berhubung kes pulih Covid-19, Noor Hisham berkata 1,939 orang dibenarkan pulang hari ini.
Setakat ini, jumlah kes pulih Covid-19 mencatat angka 115,227.
Sementara itu, katanya, 204 pesakit kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) selain 87 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. – 15 Januari, 2021.
Komen