Lebih 150 ribu pekerja asing telah disaring, kata Ismail Sabri


Alfian Z.M. Tahir

Putrajaya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap majikan yang gagal menghantar pekerja asing mereka untuk disaring. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Januari, 2021.

SEJUMLAH 153,585 pekerja asing telah dikenakan ujian Covid-19, sebulan selepas arahan wajib oleh kerajaan dikuatkuasakan, kata Menteri kanan Ismail Sabri Yaakob.

“5,697 majikan telah hantar pekerja asing mereka untuk diuji,” katanya.

Bermula 1 Januari, 2021, kerajaan mengarahkan semua pekerja asing terutamanya di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan perlu dikenakan ujian saringan Covid-19.

Ismail Sabri berkata, sebanyak 816 klinik bekerjasama dalam program ujian saringan tersebut.

Menteri kanan itu sebelum ini berkata, Putrajaya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap majikan yang gagal menghantar pekerja asing mereka untuk disaring. – 15 Januari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen