Kerajaan digesa tidak tekan sektor kesihatan swasta di bawah Darurat


Subramaniam menunjukkan bahawa 7,000 doktor yang dilatih KKM telah diketepikan sejak awal wabak ini berlaku dan sepanjang tahun 2020. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Januari, 2021.

PUTRAJAYA tidak boleh menekan sektor kesihatan swasta berikutan peraturan perintah di bawah Ordinan Darurat (OD), kata The Malaysian Medical Association (MMA).

Presidennya, Dr Subramaniam Muniandy berkata kerajaan harus menghentikan sikapnya sebagai ‘abang besar’ (big brother) setelah gagal membendung wabak sebaliknya mendengar maklum balas dari persatuan kesihatan dan menjalankan hubungan baik dengan rakan utamanya.

Beliau turut berkata Ordinan Darurat harus digunakan untuk usaha-usaha kerjasama dalam mencari penyelesaian dengan memudahkan peraturan dan sekatan bagi pelaksanaan yang lancar.

“Untuk rekod, sektor kesihatan swasta konsisten menawarkan perkhidmatan mereka dalam melawan Covid-19 sejak awal wabak ini.”

“Ia juga mesti tahu bahawa hospital swasta yang dimiliki GLC di mana kerajaan sebagai pemegang kepentingan adalah penerima keuntungan dan dividennya,” katanya.

Semalam, Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata Ordinan Darurat adalah diperlukan bagi memberikan autoriti kepada kerajaan, antara lain, ia boleh mengarahkan perkhidmatan kesihatan swasta untuk membenarkan penggunaaan dan sumber daya mereka bagi usaha melawan Covid-19.

Subramaniam menunjukkan bahawa 7,000 doktor yang dilatih KKM telah diketepikan sejak awal wabak ini berlaku dan sepanjang tahun 2020.

“MMA secara berkala menasihati kerajaan mengenai peranan penting doktor dalam usaha membendung wabak ini. Diharapkan para doktor am turut dilibatkan dalam dalam pembuatan dasar bagi menguruskan Covid-19 dalam rawatan utama.” – 15 Januari, 2021.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen