FILIPINA semalam mengesahkan kes pertama Covid-19 mutasi baharu dari United Kingdom (UK) yang lebih mudah menular.
Seorang ahli perniagaan warga Filipina yang mengembara ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 27 Disember lalu dan kembali ke Manila pada 7 Januari disahkan positif virus berkenaan, kata Kementerian Kesihatan. Lelaki berkenaan sedang menjalani kuarantin.
Pihak berkuasa negara itu kini giat mengesan penumpang lain yang menaiki pesawat Emirates EK332.
Varian baharu Covid-19 dari UK itu kini sudah dikesan di berpuluh negara di seluruh dan wilayah di seluruh dunia.
Kerajaan Filipina menyekat kemasukan warga asing dari lebih 30 negara untuk membendung penularan varian baharu itu. Bagi rakyat Filipina yang pulang dari negara yang tersenarai, mereka perlu menjalani kuarantin 14 hari jika diuji negatif.
Sehingga kini Filipina merekod hampir setengah juta kes Covid-19. Pihak berkuasa bimbang cuti panjang sempena Krismas dan Tahun Baru lalu mencetus gelombang baharu. – AFP, 14 Januari, 2021.
Komen