MENTERI Dalam Negeri Hamzah Zainuddin menjadi menteri ketiga yang disahkan positif Covid-19 selepas jangkitan itu merebak dalam kalangan anggota Kabinet dan pemimpin Bersatu.
Satu kenyataan pejabat menteri itu hari ini mengesahkan Hamzah dijangkiti dan akan menjalani kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapat pihak Kementerian Kesihatan.
“Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin telah menjalani saringan Covid-19 pada 11 Januari 2021
“Susulan saringan tersebut pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah memaklumkan awal pagi bahawa Hamzah disahkan positif Covid-19,” kenyataan itu dipetik.
Pejabat menteri itu juga menggesa semua kontak rapat Hamzah yang betemu beliau antara 8 Januari sehingga 11 Januari tampil ke pusat saringan kesihatan terdekat untuk ujian Covid-19.
Dua orang menteri yang juga dari Bersatu sudahpun disahkan positif Covid-19 – Menteri di Jabatan Perdana Mustapa Mohamed dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun. – 12 Januari, 2021.
Komen