HANYA Langkawi, Hulu Terengganu dan Jerantut merupakan daerah di Semenanjung Malaysia yang bebas dari jangkitan Covid-19, menurut Infografik Kementerian Kesihatan.
Bagaimanapun di Sarawak, 22 dari 31 daerah kekal sebagai zon hijau.
Sehingga semalam terdapat 72 zon merah di seluruh negara dan kes aktif hampir mencapai angka 30,000 apabila sebanyak 29,816 kes aktif di direkodkan di negara ini.
Klang mendahului dengan jumlah jangkitan paling banyak iaitu 4,403 kes aktif diikuti oleh Johor Bahru dan Muar masing-masing dengan 1,804 dan 1,606 kes.
Zon diklasifikasikan merah jika terdapat lebih daripada 41 kes, sementara kawasan dengan antara 20 hingga 40 kes dikelaskan sebagai zon oren.
Zon kuning adalah kawasan yang mempunyai satu hingga 19 kes, sementara hijau jika tiada jangkitan yang dikesan.
Malaysia mencatatkan 2,433 kes Covid-19 baru semalam dengan sebahagian besar jangkitan berasal dari Selangor, Sabah dan Johor. – 11 Januari, 2021.
Komen