RUSIA semalam mengesahkan kes pertama Covid-19 varian baharu dari United Kingdom (UK) yang mudah menular.
Seorang individu yang baru pulang dari UK dikesan dijangkiti virus itu, kata pengawal selia kesihatan Rusia, Rospotrebnadzor kepada stesen televisyen tempatan semalam.
Ketua Rospotrebnadzor, Anana Popova tidak menyebut bila individu berkenaan diuji positif atau butiran terperinci mengenai kes.
Varian baharu B117 dikatakan pertama kali dikesan di tenggara England pada Disember lalu, dan sejak itu dilaporkan di beberapa negara lain.
Pihak berkuasa Moscow menggantung sementara penerbangan pergi dan balik dari UK sejak bulan lalu, susulan banyak negara melaporkan kes membabitkan varian berkenaan.
Rusia, antara negara yang merekodkan kes Covid-19 tertinggi di dunia, dengan jumlah keseluruhan hampir 3.5 juta telah disahkan sehingga semalam. – AFP, 11 Januari, 2021.
Komen