KKM kesan lima lagi kluster baharu Covid-19


KKM mengesan lima lagi kluster baharu Covid-19, menjadikan keseluruhan kluster yang dipantau sebanyak 254. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 10 Januari, 2021.

KEMENTERIAN Kesihatan mengesan lima kluster baharu hari ini iaitu Kluster Tapak Bina Cyber, Kluster Texmile dan Kluster Jalan Sibuga serta dua kluster rentas negeri iaitu Kluster Alor Durian dan Kluster Wakaf Lanas.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkatan Kluster Tapak Bina Cyber dikesan melibatkan daerah Sepang, Petaling, Klang dan Hulu Langat di Selangor mencatat 67 kes positif Covid-19; Kluster Texmile di Gombak, Selangor (19 kes), manakala Kluster Jalan Sibuga di Sandakan, Sabah mencatat sembilan kes.

Selain itu, Kluster Alor Durian di Tumpat dan Kota Bahru, Kelantan mencatat 17 kes dan Kluster Wakaf Lanas di Pasir Puteh, Kelantan dengan 11 kes.

Dr Noor Hisham berkata kluster yang tamat hari ini ialah Kluster Bandar Impian, Kluster Indah Mas, Kluster Kubota, Kluster Batu Tiga, Kluster Rumah Merah, Kluster Sri Jujur, dan Kluster PTS Sibuga. 

Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau kini ialah 254 kluster dan daripada jumlah itu, sebanyak 65 kluster melaporkan pertambahan kes hari ini.  – Bernama, 10 Januari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen