MENTERI yang dilaporkan positif Covid-19, Mustapha Mohamad menghadiri mesyuarat majlis tertinggi Bersatu pada Khamis lalu, kata ketua penerangan parti itu, Wan Saiful Wan Jan.
Beliau berkata parti itu telah mengarahkan semua anggota dewan tertinggi Bersatu termasuk Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk menjalani ujian saringan Covid-19 kerana mereka menjadi kontak rapat Mustapha.
“Sebagai langkah berjaga-jaga, semua anggota dewan tertinggi Bersatu serta semua yang hadir dalam pertemuan itu, diarahkan mengambil ujian pengesanan Covid-19,” kata Wan Saiful dalam pesanan ringkas hari inii.
Menteri-menteri lain yang menghadiri mesyuarat itu termasuk Radzi Jidin, Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin, Redzuan Yusof dan Ronald Kiandeen.
Wan Saiful juga menasihati semua yang hadir mesyuarat itu untuk mengambil langkah-langkah yang diperlukan berdasarkan SOP kementerian kesihatan.
Beliau juga menegaskan bahawa pertemuan pada hari Khamis lalu itu dilaksanakann mengikut SOP dan prosedur yang tepat.
“Mesyuarat itu dilakukan sesuai dengan SOP yang betul dan teliti,” kata Wan Saiful.
Mustapha diuji positif Covid-19 dan telah dimasukkan ke hospital untuk pemerhatian di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu.
Tahun lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ugama) Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja’afar.
Terdapat peningkatan dalam jumlah kes harian di seluruh negara selama dua minggu kebelakangan ini.
Kes harian, yang rata-rata antara dua dan tiga digit tiga selama fasa awal wabak, kini berjumlah ribuan.
Pihak berkuasa telah melaporkan kes antara 1,000 dan 2,000 sejak Disember, sebelum mencapai puncak 3,027 pada 7 Januari.
Perdana menteri dijangka mengumumkan kawalan pergerakan yang lebih ketat esok. – 10 Januari, 2021.
Komen