MUSTAPA Mohamad disahkan positif Covid-19 dan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bahru, Kelantan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) itu disahkan dijangkiti virus berkenaan selepas menjalani saringan pagi semalam.
“Menteri itu dimasukkan ke hospital selepas menerima keputusan saringan.
“Beliau menjalani ujian saringan Covid-19 sejurus tiba di Kota Bharu dari Kuala Lumpur pada pagi semalam,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri.
Kenyataan itu berkata Mustapa menjalani saringan Covid-19 pada Tahun Baru tetapi keputusannya adalah negatif.
MUSTAPA merupakan anggota Kabinet kedua yang disahkan positif virus berkenaan.
Tahun lepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja’afar di Seremban kerana positif Covid-19.
Terdapat peningkatan dalam jumlah kes harian Covid-19 di seluruh negara selama dua minggu terakhir.
Kes harian yang rata-rata antara dua dan tiga digit serta lebih rendah sepanjang awal pandemik kini mencatatkan ribuan kes.
Pihak berkuasa melaporkan kes antara 1,000 dan 2,000 kes sejak Disember sebelum mencapai 3,027 pada 7 Januari.
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dijangka akan mengumumkan sekatan pergerakan lebih ketat pada esok. – 10 Januari, 2021.
Komen