UK bantu kumpul AS$1 bilion sumbangan vaksin global


Britain membantu mengumpulka dana global dalam usaha membantu negara-negara terjejas mendapatkan vaksin Covid-19. – Gambar EPA, 10 Januari, 2021.

BRITAIN hari ini berkata pihaknya membantu mengumpulkan AS$1 bilion daripada dana penderma global dalam usaha membantu “negara-negara terjejas” mendapatkan vaksin koronavirus.

Kanada, Jepun dan Jerman antara negara memberikan sumbangan dan membantu mengumpulkan lebih AS$1.7 bilion setakat ini.

Dana itu membolehkan pengagihan satu bilion dos vaksin Covid-19 kepada 92 negara membangun tahun ini, menurut Pejabat Luar Britain.

Pengumuman itu dibuat ketika Britain memperingati ulang tahun ke-75 mesyuarat pertama Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di London dalam satu pertemuan maya yang diketuai tuan rumah Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres.

Guterres esok akan bertemu Raab dan Perdana Menteri Boris Johnson serta Alok Sharma yang pada minggu ini dilantik sebagai presiden sepenuh masa dalam sidang kemuncak iklim utama PBB, COP26 pada November.

Menjelang pertemuan maya Guterres berkata beliau rasa berbangga dapat “memperbaharui tujuan kita untuk mengatasi cabaran global bersama-sama dan meraikan negara yang berperanan penting dalam mewujudkan PBB”. – AFP, 10 Januari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen