JUMLAH kes Covid-19 di Thailand telah melepasi 10,000 dengan 212 kes baharu dilaporkan hari ini.
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi bagi Covid-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata dari 212 kes baharu itu, 193 adalah penularan tempatan dan 19 kes import manakala sifar kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlahnya kepada 10,053 kes dan 67 kematian.
“Sejak pertengahan Disember, wabak itu telah merebak ke 58 wilayah di negara ini,” katanya pada taklimat harian Covid-19 hari ini.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan Awam memaklumkan wabak terkini itu berkemungkinan reda pada hujung Januari.
Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Dr Opas Karnkawinpong berkata 20 wilayah di negara ini tidak melaporkan kes baharu selama tujuh hari. – Bernama, 9 Januari, 2021.
Komen