China berjaya kawal Covid-19, pulih ekonomi, kata IMF


China mengambil langkah kewangan dengan menyokong syarikat yang terjejas akibat wabak dan memelihara kestabilan kewangan. – Gambar EPA, 9 Januari, 2021.

CHINA berjaya mengawal penularan wabak Covid-19 dan memperkenalkan sokongan dasar ekonomi serta kewangan makro sekali gus membawa kepada pemulihan ekonomi yang pantas pada 2020, kata Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Jumaat. 

Selain itu, pembaharuan struktur di China juga mencapai kemajuan dan dasar ekonomi serta kewangan makro menjadi tonggak pemulihan ekonomi negara ini.

Pada masa  sama, China mengambil langkah kewangan dengan menyokong syarikat yang terjejas akibat wabak dan memelihara kestabilan kewangan.

IMF menganggap China telah mencapai kemajuan besar dalam pembaharuan struktur yang menjadi kunci bagi mendorong pertumbuhan ekonomi, mengurangkan ketidakseimbangan dan membina ekonomi yang lebih konsisten, hijau dan inklusif. 

Sementara itu, pegawai IMF bagi urusan China, Helge Berger berpendapat seiring dengan wabak yang kian reda, penggunaan individu yang meningkat dipercayai akan menjadi pemacu utama bagi pertumbuhan ekonomi China pada 2021.  – Bernama, 9 Januari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen