5 dari 6 kluster baharu dikesan di Lembah Klang


Chan Kok Leong

Sehingga kini, masih terdapat 257 kluster aktif Covid-19 di seluruh negara. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Januari, 2020.

SEBANYAK lima daripada enam kluster baharu Covid-19 yang dikesan di Lembah Klang hari ini, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Daripada kluster baharu, empat adalah kluster tempat kerja sementara dua dikesan dari pemeriksaan kesihatan dan pengesanan kontak rapat.

Di antara kluster baharu, yang terbesar adalah kluster Jalan Klinik yang menyaksikan 132 kes baharu daripada 448 individu yang disaring.

Menurut KKM, kluster dari Klang, Selangor itu dikesan dari pemeriksaan bersasar di sebuah kilang. 

Kluster lain di Lembah Klang adalah kluster Kapital (72 kes baru), kluster Bukit Belimbing (33), kluster Tapak Bina Hevea (3) dan kluster Setapak Indah (16).

Selain kluster Setapak Indah, semua kluster lain digambarkan sebagai kluster “tempat kerja”.

Menurut KKM, kluster Kapital di Lembah Pantai dikesan setelah kes indeks diuji positif Covid-19 selepas mengalami gejala.

“Sehingga hari ini seramai 72 daripada 165 yang disaring diuji positif,” kata KKM.

Sementara itu kluster Bukit Belimbing dan kluster Tapak Bina Hevea kedua-duanya dikesan di daerah Petaling di Selangor.

“Kluster Tapak Bina Hevea dikesan selepas disaring di lokasi pembinaaan. Daripada 650 yang disaring, seramai 30 positif.

“Di kluster Bukit Belimbing, 33 diuji positif Covid-19 dari pemeriksaan seramai 912 individu di sebuah syarikat,” katanya.

Kluster baru terakhir (Setapak Indah) dikesan di Titiwangsa, Kuala Lumpur selepas menjalani pemeriksaan kendiri.

“Sehingga kini seramai 16 orang diuji positif daripada 43 yang disaring,” kata KKM.

Kluster baru terakhir – Kauran – ditemui di Keningau, Sabah.

“Sehingga hari ini, 55 diuji positif dari 423 orang yang disaring,” kata KKM.

Masih terdapat 257 kluster aktif di seluruh negara. – 8 Januari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen