Kelemahan tadbir urus Putrajaya jejaskan negara, kata Guan Eng


Kelemahan tadbir urus kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menjadi penyebab penurunan penarafan kredit oleh Fitch Rating dari A- kepada BB+, kata Lim Guan Eng. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Januari, 2021.

DASAR yang sering berubah-ubah dan kelemahan tadbir urus kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menjadi penyebab penurunan penarafan kredit oleh Fitch Rating dari A- kepada BB+, kata Lim Guan Eng.

“Ketidakstabilan politik dan tadbir urus yang lemah tidak dibantu oleh dasar kerajaan Muhyiddin yang berubah-ubah atau janji-janji yang dimungkiri dan ketidakcekapan,” kata setiausaha agung DAP itu dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Lim, antara janji yang dimungkiri oleh kerajaan termasuklah lanjutan moratorium pinjaman bank, pengeluaran Akaun 1 KWSP, kenaikan bantuan bulanan kebajikan masyarakat kepada RM1,000, meneruskan projek kereta api berkelajuan tinggi KL- Singapura (HRS) dan mengekalkan perkhidmatan feri Pulau Pinang.

Beliau berkata kelemahan tadbir urus kerajaan menyebabkan komitmen Muhyiddin terhadap kebertanggungjawapan dan ketelusan diragui.

“Ini boleh dilihat melalui perubahan dua dasar daripada tender perundingan kepada tender terbuka, dan pelantikan ahli politik yang tidak berkelayakan untuk mengetuai atau sebagai pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mempunyai aset awam bernilai berbilion ringgit.

“Ketiadaan komitmen Muhyiddin terhadap tender terbuka seperti yang didedahkan olej Menteri Pengangkutan Singapura Ong Ye bahawa sebab utama mengapa kedua-dua negara gagal mencapai kata sepakat mengenai projek HSR kerana Malaysia mahu menyingkirkan tender bersama syarikat aset (AssetsCo) .

“Onge juga berkata menerusi tender antarabangsa yang terbuka dan telus AssetCo akan memastikan kebertanggungjawab kepada kedua-dua negara,” kata Lim.

Katanya lagi, siasatan SPRM ke atas Prasarana Malaysia Bhd adalah contoh kesan daripada tindakan kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan Muhyiddin menggantikan golongan profesional dalam GLC dengan ahli politik yang tidak berkelayakan. – 6 Januari, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen