Beijing lapor 1 kes Covid-19 jangkitan tempatan


Negara komunis itu hari ini mnegesahkan seorang wanita berusia 46 tahun telah dijangkiti Covid-19. – Gambar EPA, 5 Januari, 2021.

BEIJING pada Isnin mengesahkan satu kes Covid-19 membabitkan jangkitan tempatan, lapor Agensi Berita Xinhua memetik pihak berkuasa tempatan.

Wanita berusia 46 tahun itu dari daerah Shunyi dan sebelum ini diletakkan di bawah pemerhatian perubatan sejak 28 Disember lalu selepas dikenal pasti sebagai kontak rapat pesakit Covid-19.

Beliau kemudian dipindahkan ke hospital untuk rawatan lanjut selepas disahkan positif, menurut Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran Beijing. – Bernama, 5 Januari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen