Tiada konflik kepentingan dalam projek Prasarana, kata Tajuddin


Mohd Farhan Darwis

Syarikat Tindakan Juara yang dikaitkan dengannya dapat kontrak sebelum beliau dilantik jadi pengerusi Prasarana, katanya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Januari, 2021.

TIADA sebarang konflik kepentingan dalam kontrak yang diperolehi sebuah syarikat Tindakan Juara, kata Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd Tajuddin Abdul Rahman.

Tegasnya, ia tidak melibatkan sebarang konflik kepentingan kerana kontrak dianugerahkan sebelum beliau dilantik ke jawatan tersebut.

Konflik kepentingan hanya akan berlaku jika syarikat yang dikaitkan dengannya itu mendapat kontrak selepas beliau dilantik menjadi pengerusi Prasarana, katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan pegangannya dalam syarikat Tindakan Juara yang mempunyai kepentingan dalam dalam syarikat Detik Utuh yang mendapat kontrak Prasarana.

“Inilah yang saya ada kepentingan di situ. Secara efektif, Tindakan Juara hanya mempunyai 20% kepentingan projek.

“Kita sudah menang tender terbuka dengan tawaran tertinggi, saya tak kenal waktu itu pengurusan Prasarana. Waktu itu saya bukan pengerusi di sini.

“Kalau sekarang saya diberikan projek memanglah salah, konflik kepentingan, salah guna kuasa,” kata ahli Parlimen Pasir Salak itu lagi.

Menyusul


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen