TOP Glove Corporation Bhd komited kepada dividen khas 20 peratus untuk memberi ganjaran kepada pemegang sahamnya, berdasarkan prestasi keuntungan yang baik dan aliran tunai yang kukuh.
Dalam kenyataan hari ini, pengeluar sarung tangan terbesar di dunia itu berkata ini sebagai tambahan kepada dasar dividen sedia ada iaitu 50 peratus nisbah pembayaran dividen ke atas keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI), pada suku kedua tahun kewangan 2021 hingga suku keempat 2021 berakhir 31 Ogos, 2021.
Sehingga 4 petang ini, Top Glove antara kaunter yang paling aktif diniagakan di Bursa Malaysia, bagaimanapun, harga sahamnya merosot 50 sen kepada RM5.62 dengan 323.48 juta saham bertukar tangan. – Bernama, 4 Januari, 2021.
Komen