Jepun mungkin isytihar darurat di Tokyo, 3 wilayah lain


Sekiranya berlaku peningkatan kes Covid-19, darurat akan diisytiharkan di Jepun dan tiga wilayah sekitarnya, kata Perdana Menteri Yoshihide Suga. – Gambar EPA, 4 Januari, 2021.

PERDANA Menteri Jepun Yoshihide Suga hari ini berkata kerajaan merancang mengisytiharkan darurat di Tokyo dan tiga wilayah sekitarnya berikutan peningkatan kes Covid-19, lapor Agensi Berita Xinhua.

Pada sidang media pertama tahun 2021, Suga turut berkata Jepun merancang memulakan vaksinasi Covid-19 bermula akhir Februari.

Sebelum ini pada April Jepun pernah mengisytiharkan darurat.

Berikutan lonjakan kes baru-baru ini, Gabenor Tokyo Yuriko Koike dan rakan sejawatannya di Chiba, Kanagawa dan Saitama pada Sabtu mendesak kerajaan pusat  mengisytiharkan darurat. – Bernama, 4 Januari, 2021.

 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen