Kes pulih melebihi jumlah jangkitan baharu Covid-19


Ravin Palanisamy

Seorang lelaki memeriksa telefon bimbit ketika berjalan di Bukit Bintang Kuala Lumpur. 1,704 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini.– Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 3 Januari, 2021.

JUMLAH kes pulih Covid-19 melebihi kes jangkitan baharu hari ini selepas Malaysia merekodkan 2,726 kes pulih dan 1,704 kes baharu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Kes pulih hari ini merupakan yang kedua tertinggi sejak pandemik bermula.

Jumlah kes pulih tertinggi dilaporkan semalam yang mana ,321 pesakit didiscaj.

Manakala 1 kematian dilaporkan hari ini, enam di Selangor menjadikan jumlah kes kematian keseluruhan 494.

Kes kematian hari ini merupakan yang kedua tertinggi yang mana jumlah kes kematian tertinggi iaitu 12 kes dilaporkan pada 3 November, 2020.

Sembilan daripada 11 mangsa hari ini mempunyai masalah kesihatan.

Selangor sekali lagi merekodkan jumlah kes jangkitan harian tertinggi iaitu 673 kes atau 38.% daripada kes keseluruhan hari ini, diikuti Sabah dengan 316 kes (18.5%) dan Johor dengan 179 kes (10.5%).

“509 daripada 673 kes di Selangor direkodkan dari kluster dan ujian saringan kontak rapat,” kata Dr Noor Hisham.

Sementara itu, jumlah kes aktif seluruh negara kini 21,365.

124 pesakit kini dirawat di unit rawatan rapi yang mana 51 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.– 3 Januari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen