AS lapor 277,000 kes baharu Covid-19


Sebanyak 277,000 kes baharu Covid-19 dilaporkan di AS dalam tempoh 24 jam yang lalu. – Gambar AFP, 3 Januari, 2021.

AMERIKA Syarikat (AS) semalam melaporkan 277,000 kes baharu Covid-19, angka harian tertinggi pernah direkodkan negara itu setakat ini.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di AS mencecah 20.4 juta kes Covid-19 dengan hampir 350,000 kematian.

Jangkitan di negara paling teruk terjejas di dunia itu melonjak sejak beberapa bulan lalu. Menjelang sambutan Krismas lalu, pakar penyakit berjangkit AS Anthony Fauci telah memberi amaran situasi dijangka lebih buruk selepas musim perayaan.

 Lebih 4.2 juta penduduk AS menerima dos pertama vaksin Covid-19, dengan 13 juta dos sudah diedarkan di seluruh negara. Namun, ia jauh dari sasaran 20 juta seperti yang dijanjikan Presiden Donald Trump. – AFP, 3 Januari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen