Dua asrama pekerja di Johor dikenakan PKPD


Ismail Sabri Yaakob berkata, lokaliti itu masing-masing adalah Asrama Pekerja Kejora Juara di Bukit Pasir, daerah Muar serta Asrama Pekerja Westlite 1 dan Westlite 2 di daerah Senai. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Januari, 2021.

DUA lokaliti di Johor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai esok sehingga 15 Januari 2021, selepas berlaku peningkatan kes positif Covid-19 di asrama pekerja.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, lokaliti itu masing-masing adalah Asrama Pekerja Kejora Juara di Bukit Pasir, daerah Muar serta Asrama Pekerja Westlite 1 dan Westlite 2 di daerah Senai.

Beliau berkata PKPD di Asrama Pekerja Kejora Juara melibatkan 17 blok bangunan yang menempatkan 1,828 penghuni dan kesemuanya adalah pekerja warga asing.

Manakala Asrama Pekerja Westlite 1 dan Westlite 2 masing-masing melibatkan dua dan lima blok bangunan, yang menempatkan 4,444 penghuni dan kesemuanya juga adalah pekerja warga asing.

“Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan peningkatan kes positif Covid-19 di Asrama Pekerja Kejora Juara dan sehingga 31 Disember 2020, sebanyak 338 ujian saringan telah dilaksanakan dengan 212 kes positif direkodkan. – Bernama, 1 Januari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen