MALAYSIA memulakan tahun baharu dengan merekodkan jumlah pesakit pulih melebihi kes baharu Covid-19 selepas 2,230 orang keluar dari hospital dalam tempoh 24 jam terakhir.
Sehingga kini jumlah pesakit pulih dari koronavirus berjumlah 91,171 orang.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini berkata sebanyak 2,068 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam terakhir di mana hanya dua kes import direkodkan.
Kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 115,078 sementara kes aktif berjumlah 23,433.
Selangor sekali lagi mendahului dengan 776 kes diikuti Kuala Lumpur dan Sabah masing-masing dengan 457 dan 254 kes.
Kluster penjara dan tahanan menyumbang sebanyak 18 kes.
Kementerian Kesihatan juga mengenal pasti tiga kluster jangkitan hari ini.
Tiga kematian dilaporkan hari ini menjadikan angka kematian nasional sebanyak 474 orang.
Sementara itu seramai 126 pesakit kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 54 daripada memerlukan alat bantuan pernafasan. – 1 Januari, 2021.
.jpg)
Komen