KEMENTERIAN KESIHATAN menasihatkan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) susulan masih banyak kes positif Covid-19 direkodkan di negara ini, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.
PKPP yang sepatutnya berakhir semalam namun dilanjutkan selama tiga bulan lagi sehingga 31 Mac.
Pada masa sama Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah berada di bawah PKP Bersyarat sehingga 14 Januari.
Dalam satu kenyataan hari ini Ismail Sabri berkata Putrajaya bersetuju untuk melanjutkan PKPP dari 1 Januari sehingga 31 Mac.
“Kes harian tinggi dikesan di seluruh negara selepas kerajaan mewajibkan saringan ke atas pekerja asing.
“Kegiatan pelancongan perlu mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Pelancongan dan masyarakat disarankan untuk menjaga jarak sosial mereka, mencuci tangan dan mengelak kawasan sesak,” katanya.
Lewat malam tadi Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata Putrajaya melanjutkan PKPP selama tiga bulan lagu sehingga akhir bulan Mac susulan wabak koronavirus yang terus berlanjutan.
Beliau berkata ini bermaksud sektor pelancongan domestik dan antarabangsa tetap ditutup seperti bar dan kelab malam sementara aktiviti menghalang jarak fizikal dilarang.
Beliau berkata langkah-langkah ini dibenarkan di bawah Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Kawasan Tempatan yang Dijangkiti). – 1 Januari, 2021.
Komen