Perancis lapor kes pertama varian Covid-19 dari Afrika Selatan


Virus Covid-19 varian 501.V2 yang dikesan di Afrika Selatan menjangkiti seorang lelaki dari wilayah Haut-Rhin di Perancis. – Gambar AFP, 1 Januari, 2021.

PERANCIS mengesahkan kes pertama Covid-19 dengan varian baharu dari Afrika Selatan, kata Kementerian Kesihatan negara itu semalam.

Varian 501.V2 dikesan di Afrika Selatan pada pertengahan Disember. Kes Covid-19 dengan varian sama turut dikesan di Jepun dan Britain.

Varian yang dipercayai lebih mudah berjangkit itu dikesan pada seorang lelaki dari wilayah Haut-Rhin yang baru pulang dari Afrika Selatan. 

Afrika Selatan negara paling teruk terjejas di benua Afrika akibat pandemik Covid-19. Sehingga kini lebih sejuta rakyat negara itu dijangkiti Covid-19, dengan 26,000 kes kematian. – AFP, 1 Januari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen