Malaysia labuh tirai 2020 dengan kes Covid-19 tertinggi


Ragananthini Vethasalam

Sebanyak 2,525 jangkitan Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam terakhir menjadikan ia angka tertinggi yang direkodkan di negara ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Disember, 2020.

MALAYSIA mencatat rekod tertinggi dalam kes harian Covid-19 hari ini apabila sebanyak 2,525 jangkitan dilaporkan dalam tempoh 24 jam terakhir.

Jumlah ini direkodkan selepas lima hari negara mencatatkan kes tertinggi sebanyak 2,335 pada 26 Disember lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini berkata kes-kes baharu yang dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kes meningkat kepada 113,010 sementara kes aktif berjumlah 23,598.

Selangor sekali lagi mendahului dengan 1,205 kes diikuti Sabah sebanyak 299 jangkitan.

Hanya 13 kes import yang dicatatkan hari ini.

Bagi kes pulih Noor Hisham berkata seramai 1,481 pesakit dibenarkan keluar dari hospital selepas pulih dari koronavirus dalam tempoh 24 jam.

Dengan ini jumlah kes pulih akibat koronavirus berjumlah 88,941.

Sebanyak lapan kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kematian nasional seramai 471 orang.

Sementara itu seramai 131 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 60 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. – 31 Disember, 2020.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen