Polis buru pesakit Covid-19 lari dari Hospital Tampin


Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pesakit Covid-19 yang melarikan diri menghubungi KKM atau balai polis berhampiran. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Disember, 2020.

POLIS sedang mengesan seorang pesakit Covid-19 yang melarikan diri dari Hospital Tampin sejak pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Anuwal Ab Wahab berkata lelaki berusia 33 tahun yang beralamat terakhir di Petaling Jaya, Selangor itu dikesan tiada di katil hospitalnya pada 11.45 pagi.

“Kali terakhir dilihat lelaki itu memakai kemeja T gelap warna hijau dan seluar jeans warna biru. Usaha mengesan pesakit Covid-19 itu kini giat dijalankan,” katanya ketika dihubungi Bernama di Tampin hari ini.

Beliau berkata pesakit berkenaan juga bekas banduan Penjara Jelebu dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut boleh hubungi balai polis berhampiran atau Kementerian Kesihatan. – Bernama, 31 Disember, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen