India lanjut larangan penerbangan keluar masuk dari Britain


India melanjutkan larangan penerbangan keluar dan masuk dari Britain bermula 1 Januari ini berikutan 20 kes varian baharu Covid-19 yang dikesan di negara berkenaan dalam tempoh 24 jam lalu. – Gambar EPA, 30 Disember, 2020. 

INDIA hari ini memutuskan untuk melanjutkan larangan penerbangan keluar dan masuk dari Britain seminggu lagi bermula 1 Januari, berikutan 20 kes varian baharu Covid-19 yang dikesan di negara ini dalam tempoh 24 jam lalu. 

Menteri Penerbangan Awam Hardeep Singh Puri berkata selepas 7 Januari, penerbangan akan dimulakan semula sepertia biasa, lapor berita Xinhua.

“Keputusan diambil untuk melanjutkan larangan sementara penerbangan keluar dan masuk dari United Kingdom sehingga 7 Januari 2021. Selepas itu perkhidmatan disambung semula dengan langkah pencegahan yang ketat, butiran lanjut mengenainya akan diumumkan dalam waktu terdekat,” tulis Puri di Twitter.

India menangguhkan sementara semua penerbangan keluar dan masuk dari Britain minggu lalu hingga akhir bulan ini. Larangan itu mula berkuat kuasa pada 23 Disember.

Varian baharu Covid

-19 dikesan di Britain, mencetuskan kebimbangan dan sekatan perjalanan di kebanyakan negara di dunia. – Bernama, 30 Disember, 2020. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen