UJIAN klinikal untuk menentukan keselamatan dan keberkesanan calon vaksin Covid-19 dari syarikat bioteknologi Amerika Novavax sudah dimulakan di Amerika Syarikat dan Mexico, umum Institut Kesihatan Nasional AS (NIH) semalam.
Percubaan Tahap 3 serupa untuk vaksin sama yang disebut NVX-CoV2373 juga sedang dijalankan di United Kingdom di mana kira-kira 15,000 sukarelawan sudah dilantik.
Di AS dan Mexico, percubaan baharu akan merangkumi kira-kira 30,000 sukarelawan yang berusia 18 tahun dan ke atas.
Dua pertiga peserta akan menerima vaksin dan satu pertiga plasebo. Tiada seorang pun daripada mereka yang akan mengetahui selama tempoh percubaan suntikan apakah yang mereka terima
“Pelancaran kajian ini – calon vaksin Covid-19 yang merupakan penyelidikan kelima akan diuji dalam percubaan Fasa 3 di Amerika Syarikat – menunjukkan tekad kami untuk mengakhiri wabak ini melalui pengembangan vaksin yang selamat dan berkesan,” kata pakar imunologi AS di Institut Penyakit Berjangkit dna Alergi Kebangsaan (Niaid) yang merupakah sebahagian daripada NIH.
Menurut kenyataan itu, sekurang-kurangnya 25 peratus peserta ujian AS dan Mexico perlu berusia 65 tahun ke atas.
Penekanan juga akan diberikan untuk mengambil orang yang lebih terdedah kepada Covid-19 – khususna Afrika-Amerika dan Hispanik – atau yang berisiko lebih tinggi seperti obesiti atau diabetes.
Vaksin diambil dalam dua dos selang tiga minggu. Ia boleh disimpan antara dua hingga lapan darjah selsius – suhu yang lebih panas dari vaksin yang diluluskan dari Pfizer/BioNTech dan Moderna, yang bermaksud ia dapat diedarkan dengan lebih mudah.
Dua vaksin lain yang menjalankan percubaan Tahap 3 iaitu dari Johnson & Johnson dan AstraZeneca/Oxford diharapkan segera mendapat kebenaran darurat untuk diedarkan di AS, negara paling terjejas akibat wabak berkenaan. – AFP, 29 Disember, 2020.
Komen