MALAYSIA mencatat rekod tertinggi kes harian Covid-19 apabil 2,335 kes jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu itu menjadikan keseluruhan kes kini mencecah 103,900 dengan 20,035 kes aktif.
Kes tertinggi sebelum ini dicatatkan pada 10 Disember dengan jumlah 2,234 kes dalam tempoh sehari.
Dr Noor Hisham berkata Kuala Lumpur mencatat kes paling tinggi dengan 728 kes disusuli Selangor (710) dan Johor (412).
Sebanyak 874 kes pulih dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes bertambah kepada 83,414.
Dr Noor Hisham berkata dua kematian juga dilaporkan hari ini, menambah angka korban kepada 451 orang.
Seramai 108 pesakit kini ditempatkan di unit rawatan rapi dengan 50 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Hanya 11 kes melibatkan kes import manakala selebihnya merupakan kes penularan tempatan.
Kluster penjara dan pusat tahanan menyumbang 308 kes daripada keseluruhan kes hari ini.
Sebanyak 11 kluster baharu juga dikesan dalam tempoh 24 jam lalu. – 26 Disember, 2020.

Komen