Perancis lapor kes pertama varian Covid-19 dari UK


seorang warga Perancis yang tiba dari London pada 19 Disember lalu didapati positif Covid-19 dengan varian baharu dikenali VOC 202012/01. – Gambar EPA, 26 Disember, 2020.

PERANCIS semalam melaporkan kes pertama Covid-19 dengan varian baharu yang kini menular di seluruh Britain, kata Kementerian Kesihatan negara itu.

Seorang warga Perancis yang menetap di Britain mengalami gejala dan sedang menjalani kuarantin di rumahnya di Tours.

Individu berkenaan tiba dari London pada 19 Disember lalu dan menjalani ujian di hospital dua hari kemudian. Dia didapati positif Covid-19 dengan varian baharu dikenali VOC 202012/01.

“Ujian pengesanan kontak telah dijalankan untuk membolehkan petugas kesihatan merawat pesakit,” kata Kementerian Kesihatan Perancis dalam satu kenyataan.

Semua kontak rapat yang mengalami gejala juga akan dikuarantin, tambahnya.

Kenyataan itu turut menambah, beberapa sampel positif yang mungkin menunjukkan jangkitan dari varian VOC 202012/01 kini sedang dikaji di makmal Pasteur Institute – AFP, 26 Disember, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen