MENTERI kesihatan Afrika Selatan menolak dakwaan rakan sejawatnya bahawa varian virus Covid-19 baharu di negara itu lebih mudah menular daripada virus di Britain.
“Pada masa ini, tidak ada bukti bahawa varian virus 501.V2 lebih mudah disebarkan daripada varian Britain - seperti yang disarankan oleh Setiausaha Kesihatan mereka,” kata Zwelini Mkhize dalam satu kenyataan.
“Tidak ada bukti bahawa (ia) menyebabkan penyakit yang lebih parah atau peningkatan kematian daripada varian Britain atau varian apa pun di seluruh dunia”.
“Mengumumkan sekatan perjalanan dari Afrika Selatan pada hari Rabu, Matt Hancock dari Britain berkata bahawa varian dari sana “sangat membimbangkan, kerana lebih mudah menular.
Mkhize berkata Britain “mencipta persepsi bahawa varian virus Afrika Selatan merupakan faktor utama gelombang kedua di Britain.
“Perkara ini tidak betul, melarang perjalanan antara Britain dan Afrika Selatan adalah keputusan yang tidak menguntungkan,” tambahnya.
Afrika Selatan adalah negara yang paling banyak mencatat kes Covid-19 di benua itu. Hampir satu juta jangkitan dicatatkan ketika ini dan 26,000 dilaporkan terkorban. – AFP, 25 Disember, 2020.
Komen