PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di Asrama Pekerja Westlite, Taman Perindustrian Tampoi Jaya, Johor Bahru bermula esok hingga 8 Jan depan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata pelaksanaan PKPD tersebut susulan peningkatan mendadak kes positif Covid-19 yang dikesan Kementerian Kesihatan (KKM) di asrama pekerja itu.
“Hasil saringan dalam masa tiga hari iaitu 21 hingga 23 Dis lepas, KKM mendapati seramai 115 daripada 3,116 penghuni di asrama tersebut positif Covid-19 dan kesemua penghuninya adalah pekerja warga asing.
“Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD di asrama pekerja itu,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.
Menurutnya PKPD itu melibatkan 231 unit rumah dengan penghuni berjumlah 3,116 orang. – Bernama, 25 Disember, 2020.
Komen