HONG KONG melanjutkan pelaksanaan kuarantin wajib kepada tiga minggu bagi hampir semua pelancong antarabangsa mulai Jumaat.
Pihak berkuasa berkata langkah itu perlu dilaksanakan bagi mencegah varian virus baharu Covid-19 yang lebih mudah tular.
Kerajaan berkata nasihat pakar mencadangkan tempoh inkubasi virus lebih panjang dari 14 hari terhadap beberapa orang.
Ekoran itu, para pengunjung harus menjalani kuarantin wajib di hotel yang ditentukan selama tiga minggu berbanding sebelum ini selama dua minggu.
Hanya pelancong yang tiba dari China, Macau, dan Taiwan yang akan dikecualikan dari kuarantin yang diperketatkan tersebut.
Kerajaan turut mengumumkan larangan masuk terhadap pengunjung dari Afrika Selatan dalam tempoh 21 hari sebelum ini daripada memasuki Hong Kong.
Varian baru koronavirus, yang dipercayai lebih merbahaya telah menular di Afrika Selatan, dan beberapa negara lain turut melaksanakan larangan masuk terhadap pelancong dari negara itu.
Berikutan penemuan koronavirus dengan varian baharu di sana, penerbangan dari Britain turut dilarang masuk ke Hong Kong sejak Selasa lalu,
Pegawai kesihatan berkata dua pelajar yang kembali ke Hong Kong dari Britain mungkin dijangkiti varian virus baharu tersebut. – AFP, 25 Disember, 2020.
Komen