PENGHANTARAN pertama vaksin Covid-19 Sinovac buatan China, yang menunjukkan keberkesanan 90%, akan tiba di Turki dalam tempoh beberapa hari lagi, kata menteri kesihatan.
Menteri Kesihatan Turki Fahrettin Koca semalam berkata Ankara juga menandatangani perjanjian bagi bekalan 4.5 juta dos vaksin Pfizer/BioNTech minggu depan.
Tiga juta dos pertama vaksin Sinovac itu akan dihantar ke Turki pada Ahad dan akan diberi kepada petugas kesihatan dan golongan rentan dahulu, katanya.
Meskipun ujian fasa ketiga masih belum lengkap, ujian awal ke atas 7,371 sukarelawan di Turki menunjukkan vaksin Sinovac berkesan sebanyak 91.25%.
“Seramai 1.5 juta atau mungkin dua juta penduduk Turki akan menerima vaksin setiap hari,” kata Koca, sambil menambah fasa pertama program pemberian vaksin akan meliputi 9 juta orang.
Turki mempunyai 83 juta penduduk, dan sehingga kini melaporkan 2.2 juta kes jangkitan Covid-19, dengan 19,115 kematian. – AFP, 25 Disember, 2020.
Komen