JERMAN semalam merekod kes pertama dengan strain baharu Covid-19 yang kini menular di seluruh Britain, selepas seorang wanita yang tiba dari London disahkan positif.
“Ini kes pertama dilaporkan di Jerman,” kata Menteri Kesihatan Baden-Wuerttemberg dalam satu kenyataan.
Wanita yang berlepas dari Heathrow, London, itu tiba di lapangan terbang Frankfurt pada 20 Disember lalu. Beliau menjalani kuarantin selepas diuji positif di lapangan terbang.
Sehari kemudian, wanita itu menunjukkan gejala dan hasil ujian kali kedua juga mendapati beliau positif. Sampel ujian calitannya dibawa ke makmal untuk ujian lanjut.
Kementerian Kesihatan mengesahkan wanita itu dijangkiti virus dari strain UK B117.
Selasa lalu Jerman melanjutkan larangan perjalanan dari Britain hingga 6 Januari bagi mengekang penularan virus dengan strain B117, yang lebih berpotensi untuk merebak. – AFP, 25 Disember, 2020.
Komen