Pusat karaoke keluarga boleh dibuka di zon hijau, kata Ismail Sabri


Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata pusat karaoke keluarga dibenarkan beroperasi di kawasan zon hijau. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Disember, 2020.

PUSAT karaoke keluarga dibenarkan beroperasi hanya di kawasan zon hijau, sementara kelab malam dan pusat hiburan karaoke masih tidak dibenarkan dibuka, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.

“Seperti  majlis perkahwinan, karaoke dibenarkan tetapi hanya di zon hijau.

“Tetapi pusat hiburan karaoke dan kelab malam masih dilarang,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Ismail Sabri berkata demikian ketika menjawab soalan berkenaan sama ada pusat karaoke dibenarkan beroperasi susulan Sarawak membenarkan bilik persendirian karaoke dibuka. – 24 Disember, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen