Argentina negara Amerika Latin pertama lulus vaksin Covid-19 Rusia


Pesawat Aerolineas Argentinas sebelum berlepas ke Moscow pada Selasa untuk mendapatkan 300,000 dos pertama vaksin Sputnik V. – Gambar EPA, 24 Disember, 2020.

ARGENTINA menjadi negara Amerika Latin pertama meluluskan penggunaan vaksin Covid-19 “Sputnik V” buatan Rusia semalam.

Penghantaran kumpulan pertama daripada 25 juta dos vaksin berkenaan dijangka tiba Khamis depan, kata Kementerian Kesihatan negara itu.

Menteri Kesihatan Gines Gonzalez Garcia berkata vaksin Gam-CovidVac, yang diberi nama “Sputnik V” sempena kejayaan pelancaran satelit buatan manusia pertama Kesatuan Soviet pada 1957 itu, diluluskan mengikut saranan pentadbiran makanan dan perubatan Argentina.

Vaksin Sputnik V mendapat kritikan di Rusia dan banyak negara kerana didaftarkan sebelum ujian klinikal berskala besar dijalankan.

Nikolai Gamaleya Epidemiology dan Microbiology Center yang membangunkan vaksin berkenaan mendakwa ia 90% berkesan, namun pengkritik berkata dakwaan tersebut hanya untuk meningkatkan pengaruh geopolitik Rusia.

Pesawat Aerolineas Argentinas berlepas ke Moscow pada Selasa untuk mendapatkan 300,000 dos pertama vaksin Sputnik V. – AFP, 24 Disember, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen