SELANGOR terus mencatatkan kes Covid-19 tertinggi untuk lapan hari berturut-turut selepas merekodkan 535 kes dalam tempoh 24 jam lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini berkata Malaysia merekodkan 1,348 kes hari ini.
Beliau berkata kes terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes 98,737 manakala kes aktif 18,279.
Dr Noor Hisham berkata hanya 16 kes baharu yang dilaporkan hari ini adalah kes import.
Menurutnya, Kuala Lumpur menyaksikan kes kedua tertinggi dengan 226 kes diikuti Sabah dengan 189 kes.
Ketua pengarah kesihatan berkata kluster penjara dan depoh tahanan turut menyumbang 193 kes.
Katanya pihaknya turut mengesan lima kluster baharu.
Dalam pada itu katanya, 710 orang didiscaj dari hospital selepas pulih daripada koronavirus dalam tempoh 24 jam lalu.
Ini menjadikan jumlah kes pulih 80,014.
Beliau berkata lima kematian turut dilaporkan hari ini yang mana dua daripadanya adalah di Selangor.
Dr Noor Hisham berkata ini menjadikan jumlah kes kematian seluruh negara 444.
Sementara itu, 102 pesakit masih dirawat di unit rawatan rapi yang mana 44 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. – 23 Disember, 2020.

Komen