PUTRAJAYA telah memperuntukkan dana sebanyak RM2.05 bilion (A $504.4 juta) untuk pemerolehan vaksin Covid-19 kepada 82.8% penduduk, kata Khairy Jamaluddin.
Menurutnya ini akan menyediakan pemvaksinan secara percuma kepada 26.5 juta orang.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata kos itu termasuk dalam perjanjian yang dimeterai dengan Covax, Pfizer dan AstraZeneca dengan tiga lagi perjanjian masih belum dimuktamad.
“Ia bukan hanya untuk Pfizer sahaja,” jelasnya pada sidang media hari ini.
Katanya Putrajaya juga masih berbincang dengan syarikat Sinovac dan CanSinoBIO dari China serta Pusat Penyelidikan Gamaleya Rusia untuk pemerolehan vaksin.
Mengenai peruntukan kerajaan RM3 bilion untuk pemerolehan vaksin, Khairy berkata ia berdasarkan anggaran kasar Kementerian Kewangan.
Menurut anggaran itu, jumlah berkenaan cukup untuk vaksin 70% penduduk.
Bagaimanapun katanya baki RM3 bilion akan disimpan untuk pembelian masa akan datang.
Vaksin yang diperoleh menerusi Covax, AstraZeneca dan Pfizer secara kolektifnya cukup untuk 40% penduduk.
Negara akan mendapatkan baki 42.8% sebaik sahaja perjanjian dimeterai dengan tiga lagi syarikat.
Beliau berkata perjanjian dengan Pfizer dan Astra Zeneca dimeterai menerusi rundingan terus.
Tambahnya, tiada orang tengah terlibat dengan perjanjian yang dibuat terus dengan pengeluar. – 23 Disember, 2020.
Berita penuh di sini.
Komen