KKM kesan 8 kluster baharu Covid-19


Aminah Farid

KKM mengesan lapan kluster baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang lalu.– Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Disember, 2020.

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengesan lapan kluster baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Daripada jumlah itu, enam kluster iaitu Pekapuri, Batu Besar, Tower, Tapak Bina Pelangi, Wawasan and Delima dikesan di Lembah Klang.

Manakala dua lagi - kluster J Bandar dan May Indah - masing-masing dikesan di Labuan dan Pulau Pinang, katanya.

Dr Noor Hisham berkata enam kluster membabitkan tempat kerja.

Menurutnya, jumlah keseluruhan kluster aktif kini 201, di mana 44 kluster melaporkan pertambahan kes hari ini.

Kluster Pekapuri merekodkan 202 kes positif daripada 769 individu yang disaring, menjadikannya jumlah tertinggi yang dikesan antara semua lapan kluster baharu hari ini.

Ini diikuti Batu Besar sebanyak 59 kes, May Indah (27) dan J Bandar (25).

Dr Noor Hisham berkata sehingga hari ini sebanyak 451 kluster telah dilaporkan.

Beliau turut mengumumkan enam kluster iaitu Teja Kasih, Permatang, Kejora, Bayan, Numbak dan Danau diisytihar tamat hari ini. – 21 Disember, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen