AS sedia bertindak sekiranya Iran mahu balas dendam 


Jeneral Qasem Soleimani dibunuh pada 3 Januari, 2020 dalam serangan dron di lapangan terbang Baghdad.– Gambar EPA, 21 Disember, 2020.

WASHINGTON “sedia untuk bertindak” sekiranya Tehran melancarkan serangan sempena ulang tahun pertama pembunuhan Jeneral Iran Qasem Soleimani, kata tentera Amerika Syarikat di Timur Tengah.

“Kami sedia untuk mmpertahankan diri kami, rakan kami dan sekutu di wilayah ini dan kami sedia bertindak jika perlu,” kata Jeneral McKenzie yang mengetuai Centcom kepada pemberita.

Beliau mengadakan lawatan ke wilayah itu seminggu sebelum ulang tahun pembunuhan Soleimani pada 3 Januari, 2020 oleh serangan dron di lapangan terbang Baghdad.

“Penilaian saya adalah kita dalam kedudukan yang baik dan kita akan bersedia atas sebarang kemungkinan yang mungkin diambil oleh Iran dan proksi mereka,” kata McKenzie.

Komander Centcom itu berkata beliayu mengadakan lawatan ke Baghdad baru-baru ini yang mana beliau mengadakan pertemuan dengan gabungan anti-pejuang jihad Paul Calvert dan ketua turus tentera Iraq Jeneral Abdul Amir Yarallah.

McKenzie berkata beliau turut ke Syria untuk mengadakan pertemuan dengan tenetra Amerika yang dihantar ke sana di sebuah pangkalan di selatan Al-Tanf berdekatan sempadan Jordan dan Iraq.

Walaupun tentera AS terus mengeluarkan tenteranya dari Iraq dan Afghanistan atas arahan Presiden Donald Trump, untuk mengurangkan sehingga 2,500 anggota di setiap negara menjlang 15 Januari, Pentagin terus memperkukuhkan kedudukan tenteranya di Iraq bagi mengelakkan sebarang serangan oleh Iran.

Kapal pengangkut USS Nimitz turut melakukan rondaan di perairan Teluk sejak November dan dua pesawat pengebom B-52 turut terbang memasuki wilayah itu bagi menunjukkan kekuatannya kepada iran dan sekutunya.

Namun beberapa serangan roket masih berlaku berhampiran kedutaan AS di Baghdad menyebabkan beberapa kerosakan namun tiada kemalangan jiwa, menurut pasukan keselamatan Iraq. – AFP, 21 Disember, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen