Kanada lepasi angka 500,000 kes koronavirus


Pekerja menaikkan papan tanda di pusat pertama untuk menerima vaksin Covid-19 di Montreal, Kanada. Pesakit pertama di Kanada akan diberi vaksin dengan vaksin Pfizer-BioNTech. – Gambar EPA, 20 Disember, 2020.

KANADA melepasi angka 500,000 kes koronavirus pada Sabtu, mencatat kenaikan 25% hanya dalam dua minggu, menurut data rasmi.

Jumlah kematian negara sejak awal wabak itu adalah 14,128, menurut penyiar CBC.

Seperti di negara lain, wabak itu merebak dengan cepat di Kanada. Ia meningkat dari 400,000 kes kepada 500,000 dalam tempoh dua minggu sahaja.

Sebagai perbandingan, tiga bulan diambil dari awal krisis kesihatan bagi Kanada untuk mencecah jumlah 100,000 kes, pada Jun.

Kerajaan wilayah Ontario mengumumkan hujung minggu ini lanjutan langkah penutupan di Toronto dan sebahagian besar wilayah itu hingga 4 Januari. 

Sekatan ini sudah berkuatkuasa hampir sebulan.

“Covid-19 merebak dengan kadar jangkitan yang tinggi di semua peringkat umur,” kata ketua pegawai perubatan Kanada, Theresa Tam. – AFP, 20 Disember, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen