ITALI akan mengenakan sekatan pergerakan baharu sepanjang perayaan Krismas dan sambutan Tahun Baru, umum Perdana Menteri Giuseppe Conte semalam.
Di bawah peraturan baharu ini semua kedai, restoran dan bar tidak dibenarkan beroperasi, manakala perjalanan rentas negeri dilarang. Upacara keagamaan pula dibenarkan sehingga 10 malam sahaja.
Bagaimanapun, kedai runcit, salon rambut, farmasi, kedai dobi dan kedai buku boleh beroperasi sepanjang sekatan.
“Kita bimbang jangkitan akan naik mendadak semasa perayaan Krismas,” kata Counte.
Menurutnya, sekatan akan dilonggarkan pada 28, 29 dan 30 Disember serta 4 Januari 2021.
Buat masa ini, kedai masih dibenarkan beroperasi sehingga 9 malam dan orang ramai boleh keluar rumah pada bila-bila masa. – AFP, 19 Disember, 2020.
Komen